cool-logo
Cool Blog
charmony dove

Charmony Dove 3: Bahasa

Charmony Dove 3: Bahasa
2 min read
Table of Contents

mucho texto

Pada suatu malam, selepas makan malam, ketika saya dan adik saya sedang berehat di halaman rumah Encik Gopher, kami terlihat seekor anak Dove Charmony bersendirian. Anak burung itu masih kecil, bulu-bulu pelepahnya pula, tak cukup juga. Ia tidak boleh bernyanyi. Apabila kami menjumpainya, dia dah pun pada nafas terakhirnya, selepas terjatuh ke semak samun-mungkin juga ditinggalkan oleh ibu bapanya. Kami bertekad untuk membina sarang untuknya pada masa itu. Tetapi kan, berfikir balik pada masa itu, musim salji itu agak sejuk, dengan angin yang mengganas pada malam di laman itu, dan juga berbagai-bagai jenis serangga beracun dan haiwan liar di sekeliling... Memang nyata bahawa jika kami biarkan burung itu di luar, ia takkan bertahan sampai musim bunga. Oleh itu, saya cadangkan untuk bawanya ke dalam, letak di rak sebelah tingkap dan minta orang dewasa untuk membuat suatu sangkar untuknya. Kami putuskan untuk melepaskannya selepas ia menjadi kuat semula untuk terbang, kembali ke liar. Yang sedihnya-suatu yang kami tidak fikirkan-adalah takdir untuk burung itu sudah pun dimuktamadkan sebelum masa ini...takdirnya yang diputuskan kerana gerak hati kami yang sederhana. Sekarang, saya serahkan kuasa pilihan kepada kamu semua. Dengan situasi begini, apakah pilihan akan kamu pilih? Untuk ikut pelan pertama, membina sarang dengan jaring yang lembut dimana anak burung Dove Charmony itu jatuh? Atau untuk membuat sangkar, memberinya makan, menjaganya dengan sesungguh hati di dalam keselesaan rumah? Saya menanti pilihanmu.

bird

bird